Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Judiciary News and Current Issues

Manage PermissionsManage Permissions
LANGKAH BERJAGA-JAGA BAGI PENCEGAHAN JANGKITAN CORONAVIRUS (COVID-19) DI MAHKAMAH-MAHKAMAH SIVIL

Dengan ini adalah dimaklumkan bahawa dalam usaha membendung penularan  jangkitan Coronavirus (COVID-19) dan demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan pegawai/kakitangan Mahkamah khasnya dan orang awam amnya,  Kumpulan Tindakan Mahkamah Sivil dan atas nasihat Yang Amat Arif Ketua Hakim Mahkamah Besar telah mengaktifkan pelan BCP Mahkamah Sivil dan mengambil langkah-langkah seperti berikut:

  1. Semua kes-kes jenayah dan sivil yang telah dijadualkan pendengarannya di semua Mahkamah-Mahkamah Sivil di seluruh negara termasuk kes-kes dibawah Akta Lalulintas Jalanraya, kes di bawah Tuntutan Tribunal Kecil, kes Kebankrapan dan Waris dengan ini dilanjutkan penangguhannya daripada 31 Mac 2020 kepada 18 Mei 2020.
     
  2. Kes-kes jenayah yang baru (fresh cases) dan kes-kes jenayah yang mendesak (urgent) masih lagi diperdengarkan seperti biasa.
     
  3. Kes-kes injunksi (injunctions) masih lagi diperdengarkan.
     
  4. Kes-kes yang mengunakan video-conferencing sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini masih lagi digunapakai.
     
  5. Semua kaunter-kaunter perkhidmatan di kesemua Mahkamah-Mahkamah Sivil di seluruh negara adalah ditutup dari 24 Mac 2020 sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
     
  6. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, orang ramai adalah disarankan untuk menghubungi pihak-pihak Mahkamah seperti berikut:

MAHKAMAH TINGGI

Unit Pendaftaran Mahkamah Tinggi:

Telefon – 2235842 atau email- court.registry@judicial.gov.bn

Unit Pendaftaran Kebankrapan:

Telefon – 2243939 ext 155 atau email – kebankrapan@judicial.gov.bn

Unit Pendaftaran Waris:

Telefon – 2243939 ext 109 atau email kepada probate.registry@judicial.gov.bn

Unit Pendaftaran Pekahwinan Sivil:

Telefon - 2235842 atau email kepada civil.marriage@judicial.gov.bn

Unit Penterjemahan:

Telefon – 2243939 ext 104 atau email kepada court.translator@judicial.gov.bn

 

MAHKAMAH RENDAH

Mahkamah Rendah Bandar Seri Begawan

Telefon: 2232979

Email seperti berikut:

Bahagian Pendaftar Mahkamah Rendah - bsbsubordinatecourt.registrar@judicial.gov.bn

Registri Kes Jenayah - bsbsubordinatecourt.criminal@judicial.gov.bn

Registri Kes Sivil - bsbsubordinatecourt.civil@judicial.gov.bn

Mahkamah Rendah Kuala Belait

Telefon: 3330385 atau 3331585

Email: kbcourt.civil@judicial.gov.bn

Mahkamah Rendah Tutong

Telefon: 4220503

Email: tutong.court@judicial.gov.bn

Mahkamah Rendah Temburong

Telefon: 5221019

Email: temburong.court@judicial.gov.bn


Sebarang kesulitan yang dihadapi adalah amat dikesali dan pihak Mahkamah Sivil memohon maaf atas perkara ini.

Sekian dan wassalam.

 

Tarikh        :        1 Syaaban 1441/26 Mac 2020

Reference:          SC/CRC/A14

Attachments
Created at 30/03/2020 12:38 PM by Mohamad Jazmi bin Hj Mohamad Kamel
Last modified at 30/03/2020 12:40 PM by Mohamad Jazmi bin Hj Mohamad Kamel